Sunday 27 March 2011

Creepshow : Siri2 Seram Boleh Tahan dan Crap!







Kategori : Seram

Creepshow 1 (1982)

Filem ini sebenarnya mengandungi beberapa cerita seram pendek di dalamnya. Terdapat 5 cerita seram bukan hantu dan hantu yang dipetik kononnya dari sebuah komik Creepshow (taktaulah kalau mmg betul ada). Kisah2 ini mengingatkan aku slot Panggung di Astro Ria tak lama dulu. George A. Romero terlibat dlm pembikinan filem2 ini (Return of the Living Dead.)

Father’s Day – graf aku berada ditahap yg bawah sekali. Nak tau kenapa? Macam cerita murah! Mcm takde mood nak tgk. Solekan hantu aku boleh maafkan lagi sbb aku tau filem ni zaman2 dulu punya, jadi teknik solekannya bole dimaafkan. Ditambah pulak dgn grafik yang ‘ditampal’ (yg aku kira aku pun boleh buat) lagilah Nampak murah. Semua ni buat aku tak fokus sgt jalan cerita. Sampai taksub sangat dgn ‘kecanggihan’ teknik filem ni. Yang aku ingat di akhir cerita bapak perempuan ni yang dah mati, bangkit dari kubur nak tuntut kek Father’s Day yg dia tak pernah dapat dari anaknya seumur hidup! WTF! Tapi undur seram masih ada. 2/5
The Lonesome Death of Jordy Verrill – lokasi di sebuah rumah yang terpencil. Tinggal seorang lelaki bujang. Wataknya kelakar. Ala2 Wahid Satay. Satu malam satu cahaya jatuh berhampiran rumahnya yang usang. Pemuda yang nampak selekeh ni ternampak lalu di tenung2 dan di pegang. Rupanya batu meteor yang sebesar buah kelapa. Misteri bermula bila cecair hijau dari meteor yang melekat di tangan, jatuh di tanah menjadi hijau dan menyuburkan semua tempat yg terkena cecair tu lalu menumbuhkan rumput2 yang  cepat tumbuh. Lama kelamaan semua tempat disitu menjadi hijau termasuklah tubuh badan pemuda tadi. Muzik yg melatari fenomena ini agak seram tapi bukan seram hantu. Aku pun taktau nak ckp istilah apa. Aku rasa pemuda tadi mati. Aku tak ingat. Cerita ni punyai keseraman tersendiri. Penonton di bawa untuk tak rasa takut dgn karekter lelaki ni dlm masa yg sama kejadian rumput cuba mematikan sikap pemuda tadi. 2.5/5

Something to Tide You Over – Seorang lelaki dalam usia 40an nak balas dendam terhadap sepasang kekasih. Diperangkapnya lelaki ni (aku jenis malas nk ingat nama) lalu dia berjaya bawak lelaki ni pergi ke tepi pantai. Dan dgn helahnya dia berjaya menanam lelaki tadi di pasir dgn keadaan berdiri dan tinggal kepala saja tinggal di permukaan pasir. Ditontonkan kpd lelaki tadi rakaman (TV) seorang perempuan dlm keadaan yg sama seperti dirinya ditanam. Dia kenal perempuan itu. Air pasang dan perempuan dlm TV tu meronta2 cuba bernafas dari ombak yang datang dan pergi. Lama-lama mati. Lelaki tadi tau nasibnya akan sama dgn perempuan tadi. Akhirnya mati. Aku dapat rasa feel cerita ni. Hingga tutup2 mata dgn jari (haha penakut…) terutama bila hantu nak datang. Tapi biasanya mmg macam tu bagi cerita2 seram. Tapi bila lembaga hantu dah muncul, seram pun hilang. Ya aku rasa ini kemuncak bagi keseluruhan filem ini. Keseraman mula menular bila hantu kedua2nya menjadi hantu air lalu membalas dendam lelaki 40an tadi. 4/5

The Crate – seorang staff makmal dan dua orang professor disebuah universiti aku labelkan sebagai A dan B. Prof B pula mempunyai seorang isteri yg boleh dikatakan queen control. Hingga dia terbayang2 setiap hari ingin bunuh isterinya itu tapi tak sanggup utk melakukannya. Staff makmal dan Prof. A sudah lama ingin membongkar apakah yg terdapat dlm satu peti kayu yg lama tersimpan di satu sudut gelap di dalam makmal (boleh kata makmal) mengingatkan aku filem Return of The Living Dead (makmal/stor mesti di tingkat bawah kena turun tangga). Satu hari staff makmal dan Prof A bercadang nak buka peti kayu misteri yg sekian lama tersimpan. Apakah dlm peti itu? Hinggakan Prof B mengambil kesempatan untuk menggunakan benda di dalam peti itu untuk membunuh isterinya. Prof B menghasut isterinya masuk perangkapnya dgn cara tersendiri lalu membunuhnya.  4/5
They’re creeping Up On You – Seorang pengkaji di dalam makmal berada seorang diri dlm makmal. Satu demi satu lipas muncul hingga penuh lipas satu makmal. Aku tak suka yang ini. Graf menurun lebih bawah dari cerita pertama.  1/5
Cerita 2, 3 dan 4 boleh dikatakan menarik bagi aku terutama Something to Tide You Over. Satu filem cuba memuatkan 5 cerita aku rasa idea bagus tapi lebih bagus jika semuanya berbaloi utk ditonton. Dapat disimpulkan di sini andai filem ni adalah satu (saja) cerita yang panjang aku dapati, grafnya adalah sama bentuknya seperti kita lukis gunung kan? Begitu juga dgn lima cerita di atas, grafnya juga seperti itu.
Keseluruhan  3.5

Creepshow 2 (1987)
Filem ini menyambung kesinambungan yg pertama.
Chief Wooden Head – Kisah seorang Red Indian (RI) yg mempunyai hutang dgn sepasang suami isteri berkulit putih yang mempunyai kedai hardware (lebih kurang). RI ini tak dapat nak bayar hutangnya, lalu diberikan semacam azimat/tangkal berupa rantai yang merupakan harta berharga kaum Red Indian. Lelaki kulit putih tak dpt terima pada awalnya. Tapi didesak supaya terima. RI akan ambil semula jika dia dpt bayar dlm masa beberapa bulan. Dan jika tidak harta turun temurun itu akan jadi hak milik pasangan suami isteri tersebut. Jadi apa yg seramnya? Sebuah patung merupakan wira Red Indian yang berada di luar kedai suami isteri tadi menjadi hidup dan membalas dendam terhadap pencuri2 yang merompak kedai suami isteri tersebut dgn pergi membunuh mereka satu-persatu. 3/5



The Raft – Dua pasang remaja pergi bercuti dan tiba di sebuah tasik. Tanpa berlengah mereka berenang ke satu rakit yg berada di tengah tasik. Keseronokan mereka bertukar tragedi apabila satu gumpalan minyak bergerak ‘memakan’ mereka satu persatu. Aku dapat merasakan nyawa minyak ini.  Minyak yang berjalan di permukaan air memakan mereka satu persatu. Sehingga aku rasa seorang drpd mereka akan selamat sampai di tebing tetapi rupanya2 ia boleh ‘terbang’ dan menyerkop mamat yg terakhir tu. 4/5





Hit & run – seorang wanita dlm usia 30an terlanggar sorang mamat negro di waktu malam hingga menjadi fobia kpd wanita tu. Kemunculan mamat negro tu muncul di mana2 sehingga berlaku pergelutan di jalan raya, hingga ke hutan. Aku rasa bodoh sgt. Kenapa nak lagi berhenti di tengah2 jalan selepas berjaya lari dari negro yang berlumuran darah tu. Dah langgar pun tapi  masih hidup. Akhirnya sampai di rumah, dan negro tadi menggigit leher wanita tu. Tapi adakah benar dia melanggar mamat negro tu atau hanya khalayan semata? 2/5
Keseluruhan 3/5


Creepshow 3 (2006)
Apa yang aku dapat katakan semakin moden dunia semakin tak best sekuel filem ini.
1.5




2 comments:

  1. whoooahh, aku tak tahu kau peminat seram, whooaahhhhhh!

    tgk Insidious bro!

    ReplyDelete
  2. kalu terjumpa citer2 seram yg aku rasa nak tgk, aku layan gak...

    ReplyDelete