Sunday 22 May 2011

Filem Teramat Box Office Malaysia 2009 hingga kini dan kesimpulan!

Sejak kebelakangan ini industri perfilemen negara kita semakin rancak dgn kemunculan2 filem2 Malaysia/Melayu di pawagam. Semestinya ada filem yg tak menjadi, filem yang setakat bole laa atau balik un tung, dan filem yg meletup. Hasil semakan aku dari 2009 sehingga kini (terbaru Kongsi) di laman web Finas, filem2 Malaysia berikut mmg mencanak dari segi kutipan RM 7 juta - RM 8 juta. Ya, aku cuma kira 7-8 juta je.. 6 juta dah tak main la.....hehe.

Adnan Sempit (2009)


Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010)


Khurafat (2011)


Ngangkung (2010)


Kongsi (2011)


Dari 5 filem kat atas ni, 3 filem saja, duit aku turut menyumbang dalam kutipan box office tu utk filem Adnan Sempit, Khurafat dan Hantu Kak Limah Balik Rumah. Aku menontonnya di pawagam. Dan aku menyesal tengok Adnan Sempit. Oleh kerana sejak 2009, barulah filem Malaysia mencatat kutipan filem setinggi itu (RM 7 juta....) aku pun terujalah nak tgk apa bestnya filem Adnan Sempit ni. Tapi rupa-rupanya tah apa2..
hampeh je. Macam ni jenaka yang kelakar? Tapi kenapa ramai sgt penonton suka tgk filem macam ni ya? Aku pun tak faham. Akhirnya, aku pun hormatlaaaa taste2 mereka nie...................................... Memang rakyat Malaysia suka tgk filem2 ringan (sebenarnya dah tau dari dulu). Sebab itu, dua lagi filem Saheizy Sam di atas ; Ngangkung dan Kongsi aku tak bernafsu nak tgk pun. Memang Saheizy Sam fenomena skrg ni. Dan terpikir jugak aku, rakyat Malaysia ni dah ramai yg pegi menonton wayang mungkin sebab EKONOMI mereka yg bertambah baik dan PANGGUNG WAYANG dah banyak sekarang ni. Apa taknya gaji "Jaga" pun minimum dah RM 1000 ke atas.

Antara 5 di atas, jika orang luar nak tahu filem2 Malaysia yg teramat box office dan sekurang-kurangnya tak malu kita nak bagitau ialah :

1. Khurafat (pertama kali tgk filem Syamsul di pawagam)
2. Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Aku mmg tak adil di sini sbb tak semua aku tengok. Sukatilah kan.. Apa2 pun mentaliti rakyat Malaysia sedari dulu hingga kini belum berubah dan tak tahu bila akan berubah..... Walau bagaimanapun, duit2 penonton mereka merancakkan lagi industri perfileman dan memberi rezeki kpd pelakon2 kita (statement selamat). Tapi apa salahnya kan, penerbit yang kaya mencuba setidak2nya SATU filem art atau filem yang sedikit bermaruah dalam lambakan filem2nya dalam erti kata menyumbang kepada maksud seni yang sebenar-benarnya......................
Itu harapan besar PerangFilem.

Thursday 19 May 2011

Nur Kasih : Sekadar OK


Kategori : Drama
Nur Kasih  The Movie adalah kesinambungan daripada  drama bersiri Nur Kasih. Sebab itulah kita tau betapa pentingnya THE MOVIE di situ. Di mana perbezaan ketara bila medium penceritaannya berbeza. Jika  gambar yg bergerak dan berbahasa itu terpancar di layar perak makan impak dan kesannya (mungkin) lebih besar dari medium kaca televisyen.
Sedihnya apabila ada nama filem kita sesenang je letak THE MOVIE padahal kita tak tahu asal usul filem tu? Tak faham! (Merujuk filem gadis2 cantik masuk hutan)
Aku memang tak follow drama bersirinya. Memang la gempak drama ni kan, katanya 19 juta org  yg menonton drama ni tapi taktau kenapa aku tak terikut dgn gelombang yg tercipta menerusi drama ini seperti mana aku turut lemas dlm gelombang TsuMawi dulu. Jadi, aku mengulaslah dari perspektif org yg tak tau apa2 pasal filem ni (hanya tau drama sikit2 saja dari penceritaan kwn2). Tapi bila aku tonton filem ini jgn khuatir kerana korang boleh paham walaupun tak tgk dramanya.
Ulasan aku yg tanpa sinopsis ini, apa yg aku dapat simpulkan adalah Nur Kasih ini adalah kisah melodrama, perlahan , biasa dan air mata dari kacamata aku. Hampir2 mencapai tahap bosan la jugak di sesetengah adegan. Kisah2 sedih dan malang yang menimpa pasangan suami isteri Aidil (Remy Ishak) dan  Nur Aminah (Tiz Zaqyah) yg tunduk dgn takdir tuhan, tidak sedikit pun menggoyahkan hubungan mereka. Aku tak rasa pula penggambaran di Jordan tu penting kalau ya pun nak menurut jalan cerita. Boleh saja nak mengubat hati lara Nur Aminah setelah keguguran kandungannya dgn melawat dalam Malaysia je. Mungkin sebab dramanya ada shooting kat negara2 Arab (kan?) so tak sah la filemnya tak buat benda yg sama yg membuatkan filem ini ‘bermaruah’ seperti dramanya. Tapi bagus gak tu kan filem Malaysia jarang shooting oversea gitu… tak la Nampak KLCC jer. Aku dapati juga mereka berada di dalam dunia mereka sendiri, di mana mereka ‘tak bercampur’ dgn penduduk kampung, walaupun kampung mereka di gambarkan dgn indah. Mungkin sbb penulis skrip mahu penonton menumpukan pada kisah mereka saja.
Satu scene saja yg aku suka di mana saat lagu tema Yasin (Bukan Tiz Zaqyah) tu kedengaran tatkala Adam menghulur/menyarung cincin ke jari Nur di dalam rumah gua tu. Sedikit saja lagi ‘rasa’ tu nak sampai. Memang ada scene2 yg meruntun antara Adam dan Nur tapi tak sampai ke ‘hati’ aku… mungkin sikit lagi...ceh hehe. Mcm mana dgn sinematografi filem ni yg diheboh2kan cantik tu? Bagi aku yg jahil ilmu filem ni, aku rasa biasa je kot. Kdg2 ada Nampak kartunnya semasa di padang pasir tu. Adegan keretapi meletup jgn ceritalah… kartun sgt. Mungkin scene tembak menembak di pasar dan cermin keretapi  pecah tu boleh dipuji yg dilakukan dgn teknik slow motion.
Entah mcm mana aku rasakan filem ini Nampak mudah berbanding drama (yg aku sedarlah..). Lagi satu aku nak komplen pasal filem melayu ni, takde org lain ke selain Dato’ Rahim Razali? Kalau pelakon veteren je Dato' Rahim. Nasib baik Dato' Jalaluddin Hassan hanya 'gambar' saja. Bosan aiih.. Soundtrack2 filem ni pun aku rasa biasa je kecuali aku memang suka lagu tema versi Yasin seorang.
Dan yang nyata sekali pengakhiran filem ni sangat “The Notebook” di mana sang isteri yang telah meningkat umur (Nur – Afida Es) seakan hilang ingatan (mungkin kerana terlalu taksub kasih sayang suami lantas tak boleh menerima kehilangan Adam) hingga tidak kenal orang sekeliling lalu ada seseorang yg menceritakan kisah2 lampau dan cuba mengembalikan ingatannya semula. Aku taknak bandingkan filem ni dgn filem ‘Islamik’ lain kerana filem ini walaupun  mengangkat nilai2 murni dalam Islam tetapi ianya sangat mudah dan tidak berat utk penonton menikmatinya. Sebenarnya filem ni bukan Islamik sangat pun tapi lebih kepada cinta.
3 bintang.
p/s : Nur semasa tuanya dah takde tahi lalat di bibir erk? Dan semakin tua semakin nipis bibirnya hehe..

Friday 13 May 2011

Penantian Mei

Ermm apa dalam fikiran aku dalam bulan Mei ini ya?

Kongsi - setelah baca review dan komen2 yg telah menonton kata filem ini mengecewakan. Ini bukan pilihan aku pun. Kata blog Beautiful Nara, filem ni tiada jalan cerita, hanya aksi2 gaduh saja. Komen2 penonton pulak kata mmg Sahezeiy Sam aje penarik filem ini. Adegan2 aksi pun boleh dipuji. Tapi totally mengecewakan kata mereka dan mereka menambah Shamsul Yusoff lebih bagus direct dari Farid Kamil.

Fast & Furiuos 5 - Ramai kata best! Aku tak sempat nak buat marathon kelmarin (Priest, Thor, Fast & Furious 5) sbb terkejar2 hari tu. Aku mengalami gangguang ketika tgk cerita Priest di panggung gara2 sms dan panggilan2(aku cuti hari tu) sial betol.. Thor - walaupun aku tak gemar cerita2 dari komik Marvel aku terpanggil utk menontonnya dan tak sia2 jugaklah aku tgk citer ni.. huhuhu.. F&F 5 im looking fwd...walaupun aku xsuka citer2 aksi kereta ni. Entah... terpanggil jugak sbb aku teringat filem TAKEN yg aku suka sangat tu... dan F&F ini mgkin siri pertama dr sekuel ini yg aku tonton.

Karak - Aah, tunggu saja review dari penonton2. Aku tak teruja sgt nak tgk filem ini, kecuali ada suara2 yg kata citer ni best! Mcm banyak hantu CGI jer..

Nurkasih - aku akan tgk filem ni walaupun aku tak tengok sgt drama bersirinya.... adakah ini filem jenis aku? Aku rasa tak sebab masa siri drama ini ke udara dulu, aku mcm xdpt feel dia. Mungkin aku x ikut dari awal atau mmg bukan naluri aku. Walau bgaimanapun mgkin akan tengok filem ni. Kononnya tak nak ketinggalan dgn hip/aura Nurkasih... hahaha

Insidious - Tak tau lagi....

Ini saja yg aku terpikir buat masa ni....

p/s : Terima kasihlah yang mengundi di poll tu (filem melayu setiap minggu dan' ...Dalam Botol' dulu). Tak sangka makin bertambah pulak undian (ada gak yg baca blog picisan ni...) :-)

Thursday 28 April 2011

Seru : Macam Ni Lah Filem Seram


Kategori : Seram

Aku memang tak sedar kewujudan filem ni pada mulanya. Maksudnya semasa pembikinan filem ni pun aku taktau. Tiba2 saja aku nampak trailer ni kat FB aku ada page yg share trailer filem ni....dan kelihatan promising. Filem ni arahan 2 orang pengarah ; Wong Ming Jin dan Pierre Andre. Aku baca paper kata, Pierre kawal lakonan pelakon dan Ming Jin pula dari segi teknikal. Pelakon2 pulak tak kenal sangat. Aku tak kisah kalau pelakon tak ternama asalkan ceritanya best dan itu lagi buat aku teruja. Kalau terlalu komersial sgt nampak tak best jugak. Aku puji Gayatri Su-Pillai sebab ambik muka2 baru.

Sinopsis ringkas ttg filem ni di mana satu produksi filem buat shooting di dalam hutan tengah malam berjudul Jangan Bernafas. Timeframe filem ini adalah malam sahaja sama seperti Zombie Kampung Pisang. Seru bermula apabila kru di rasuk dan keadaan menjadi kecoh apabila jurumekap berjalan masuk ke dalam hutan dan hilang. Tetapi sebelum itu, aku suka awalan filem ni di mana Awal Ashari, Nora Danish dan Pierre sendiri jadi cameo dlm 'scene Jangan Bernafas' - itu pun dah seram. Dan part yg aku suka bila 3 org cameo ini sedang berlakon tiba2 kamera beralih ke arah sorg kru perempuan kena rasuk. Rasa mcm best! Walaupun aku dah agak dah yg cameo ni mesti scene dalam scene.

Seperti yg diberitahu tadi, pelakon2 adalah pelakon yg tidak ada nama kecuali ada beberapa muka yg aku biasa tegok kat tv mcm Sharnaaz Ahmad, 'pengarah' tu dan watak Man. Yang perempuan mmg tak kenal langsung. Aku tengok credit di akhir, 'produser' itu adalah Katijah @ Kat, adakah Kat dari program realiti Mentor? Lakonan dia kadang2 OK, kadang2 kelam kabut kadang2 sikit over. Tapi tak mustahil, perempuan mmg macam tu. Overall lakonan mmg tak mengecewakan terutama watak Sari yg kena rasuk. Macam filem Quarantine siot. Shot2 yang di ambil pada Sari ni mmg sebijik Quarantine. Aku baca paper mmg pengarah mengambil filem Quarantine sebagai rujukan. Scene 'pengarah' kena semacam lembing tu mmg tragik aku rasa dan unexpected. 'Pengarah' ni pun memang best lakonan dia, semasa dia perli Jeff nak slowtalk dgn hantu tu.

Dan kalau nak tengok babak2 ganas macam tikam parang, sabit inilah cerita melayu yang memaparkan adegan2 tersebut. Jarang filem Melayu tunjuk adegan macam ni. Ya mungkin ada juga filem2 melayu yg aku lupa.. Macam ni la baru best. Cuma belum ganas lagi seperti yang aku harapkan. Tetapi kira bonus jugaklah sebb aku tak expect pun adegan ni ada dlm Seru. Pujian harus diberikan kepada Seru, TAK LAH ASYIK NAK TUNJUK BOMOH, JAMPI SERAPAH, ORANG AGAMA HALAU HANTU (ada dlm filem ni tapi kecil saja), NENEK TUA JADI HANTU RAMBUT PANJANG, HANTU PELAHAP. Jangan harap dalam filem ni. Memang takde. Walaupun idea ambil dari filem luar tapi rasanya ini percubaan yang aku kira berjaya bagi filem Malaysia. (Penunggu Istana aku tak tengok ya.. ala2 Paranormal Activity, Haunted Changi aku tak berapa nak minat sgt yg pergi premis semata2 nak cari hantu) DAN TAKDE SOUND EFFECT YG KUAT SEMATA NAK BAGI ORANG TERPERANJAT YG MENJENGKELKAN! THUMBS UP!

Trademark filem ni adalah pergerakan kameranya yang goyang2 kononnya di rakam oleh pelakon dlm filem ni (sama dalam filem Cloverfield, Blair Witch Project). Aku takde masalah dgn style mcm ni. tapi yg buat aku pening adalah semasa krew2, pengarah dan produser bertekak dlm rumah sebelum adegan bunuh2 berlaku. Bila pengarah cakap dia drag ke pengarah, bila produser cakap dia drag ke produser, scene ni lah paling pening. Ada 5-6 scene yang kamera sengaja letak atas tanah. Aku tak suka sangat yang kamera capture keseluruhan objek. Seakan 'sempurna' di situ. Contohnya semasa Bomoh orang asli memuja/menyeru anaknya hidup semula. Tapi aku suka kamera yg diletak atas tanah semasa kawan Tony (aku tak ingat nama)  tolong Tony yang tergantung dgn tali kat pokok - kepala Tony tak nampak dan semasa Jeff berlawan dgn Sari di atas jalan tar - hanya nampak kaki, kejar sana kejar sini. Kerana kedua2 scene ini nampak natural apabila kamera tak diletak dgn terancang.

Cuma aku geram satu, di mana dalam 4-5 orang mangsa yg masih hidup tak boleh nak bunuh Sari dan jurumekap yang dirasuk tu. Dalam hati aku "kalau aku terajang je....." tapi kenapa mereka2 ni tak buat?! kenapa nak simpati dgn Sari dan jurumekap tu sedangkan diorg dah bunuh ramai org? (walaupun dlm diri mereka adalah setan).

Nampaknya Khurafat ada saingan dan bagi penggemar filem seram, aku cadangkan filem ini!

[4 bintang]

Sunday 24 April 2011

I Spit On Your Grave (2010) - Nak Ganas lagi...!


Kategori : Ganas/ Thriller

Filem ni aku tahu dari forumer yg cadang cerita ni kat Forum Cari - Wayang. Filem remake tahun 1978 ini kiranya berjaya jugaklah bagi aku walaupun aku tak tgk versi 1978. Barjaya kat sini maksudnya, berjaya menarik minat aku utk tengok sampai habis dan interesting jugaklah sama seperti Eden Lake. walaupun cerita2 begini agak klise Hollywood. Walau'pun, aku gemar jugak genre seperti ini. Browse punya browse, terjumpa movie still versi 1978 punya version. Haha... aku lagi suka karakter mamat gagap thn 2010.



Jennifer Hills (Sarah Butler) seorang penulis novel buat retreat di kawasan pedalaman/terpencil la kiranya nak habiskan novel dia or something.... 3 orang pemuda kat stesen petrol ni mmg dah ushar minah ni semasa dia isi minyak kat kedai diorg. Satu malam (dah pagi kol 4 mcm tu) jantan2 keparat ni dtg ganggu minah ni kat kabin dia menginap. Dah gaduh2 tu minah ni dapat lari ke dalam hutan (masa ni mcm subuh). Jumpa pulak sheriff ni. Masa ni aku dah agak polis ni, sama ada polis fake atau polis jahat. Sbb aku dah biasa tgk citer2 mcm ni so aku dah spare kan mood mcm ni. Dan mmg betullah, polis jahat yg subahat dgn jantan2 keparat tu. Pendekkan cerita, diorg ni rogol minah tadi bergilir2. Babak bogel jgn cerital lah... Anu si Jennifer ni mmg dapat tengok sekilas. hehehe Sesapa yg suka tu bolelah pause atau rewind. mmg la citer porn boleh tengok bende2 ni. Tapi ini pelakon filem bukan pelakon porn. Lain tak mood dia?


Dan seperti biasa, minah ni dgn longlainya dapat larikan diri dalam bogel2 tu dan hilangkan diri. Kemudian dia muncul dan bunuh jantan2 ni satu persatu dgn kejam. Aku kira penyeksaan yg di buat tu boleh kata kejam dan jijik (masukkan tikus mati dalam mulut) bagi seorang penulis yg lemah lembut mcm Jeniffer Hills. Trauma yg dihadapinya telah mengubah karakter kpd seorang yg tak berhati perut. Kalau korg suka cerita2 Eden Lake, House On The Left, SAW sesuai la tgk cerita mcm ni. Tapi sebenarnya aku mahu lebih ganas dan kejam lagi. Alang2 dah filem ganas ni kan... Sebenarnya fiilem ini nak tunjuk yg wanita pun boleh bertindak melebihi kebiasaan jika maruahnya dirobek2 seperti tajuk Novel dari mana filem ini di adaptasi iaitu Day Of The Women.


3.5 Bintang

p/s : Penunggu Istana? (Uncle Seekers??!!....wekk) tak minatlah cerita2 ala realiti paranormal. BOSAN dan fake! Taknak menderita mcm tgk Paranormal Activity 1 dan Haunted Changi.  Nak tgk SERU.

Monday 18 April 2011

Apa April?

Apa filem2 April yea? Bosan la takde filem2 yg aku tunggu2 ni.. Bz jugak lately ni memandangkan adik aku tengah nak carik keje kat KL, nak urus itu ini. Apa2 pun aku akan review apa2 filem yg aku rasa nak review ok. Aku bukan jenis yg aktif atau aku tetapkan satu bulan mesti sekian sekian posting. :-) Biasa la ada pasang surutnya kan? Berkenaan Dilarang Masuk yg dijanjikan, sebenarnya silap aku, posting 'iklan' dulu sebelum tengok. Apa2 pun takde apa yg nak diceritakan pasal filem tu. Walau'pun bertambah jugak genre filem Malaysia yg asik2 hantu tah apa2 - walaupun tak tgk lagi (merujuk Senjakala).

Apa2 pun filem2 yg aku tonton April ada aku letak di posting Filem-filem 2011.

p/s : Rio best!

Thursday 31 March 2011

PerangFilem tak sokong Astro First


Kita mulakan post April ni dgn tajuk Astro First. Aku memang tak setuju dgn Astro First ni. Tapi siapalah aku kan?? Aku sebagai cinema goer/movie goer memang la rasa cemburu kalau filem2 tu aku pi tgk kat wayang tapi mereka dpt tgk kat rumah je. Tapi takpe, sbb cerita2 Melayu yang tayang kat Astro First pun bukan jenis yang aku tengok kat wayang pun (kecuali Hantu Kak Limah). Setahu aku yang hadap nak jual kat Astro First ni tayangan Unggul dan MIG je sbb diorg pun banyak keluar filem, so tak kisah. Tapi secara keseluruhannya, aku senaraikan di sini baik dan buruk. Kita tengok mana yang lebih bagi banyak.

Baik :
1. Lebih ramai penonton melayu yg akan menonton filem. Sekaligus merakyatkan filem. (Tapi filem2 ringanlah yang banyaknya). Kalau dah ramai yg menonoton, maka ramai yg tak ketinggalan menonton filem Melayu yang baru. So kalau orang2 bercerita pasal sesuatu filem taklah rasa ketinggalan. Walhal filem2 Malaysia jauh tertinggal di rantau Asia pun.

2. Faedah yg besar adalah jimat masa, tenaga dan duit (tol, minyak, parking). Cuma bayar RM15 je sebagai 'duit tiket'. Terutama pada mereka yang dah berkeluarga, mana ada masa nak pi panggung wayang.

3. Boleh meningkatkan kutipan bagi sesebuah filem. Aku taktau lah berapa yg dikongsikan oleh pihak Astro dan penerbit. Tapi yg penting duit masuk kat poket penerbit filem.

Buruk :

1. Hilang ekslusif sesebuah filem. Biarlah hilang ekslusif masa hari raya yg biasanya akan di tayang lepas setahun. Tapi kalau dah sekurang2nya 2 minggu lepas wajib tayang, seakan takde apa2 nilai 'mahal' filem tersebut. (Tapi kalau Aku Masih Dara, takde nilai mahal derrr). Ada org kata "ermm takpe tungu je kat Astro First....nanti keluar lah tu" Kan nampak murah tu. ye tak?

Tapi ada org memang tak kisah pun pasal eksklusif ni sbb banyak sgt keluar filem yg tah apa2...

2. Kesan paling buruk ialah lanun2 cetak rompak dan Youtube ambil kesempatan menjual CD yg direkod dari Astro First dan ada yang mengUpload ke Youtube. Rugi2...... Bila dah cetak rompak/Youtube ni, rasanya mengganggu jugak kutipan pada no. 3 yang kat atas tadi kan?! Rasanya point ke dua di sini kira mematahkan 'hujah' no 3 diatas. So seri 2 Baik - 2 Buruk.

Kesimpulannya,

Astro First membunuh.