Thursday 24 March 2011

...Dalam Botol : Khir Rahman Dalam Perhatian




Kategori : Drama

*Updated
Spoiler alert! Bagi yg belum tengok korang takkan faham apa yg aku tulis (kot).

Dari mula filem ni ingin dibuat oleh Raja Azmi (RA), tajuk yang kontroversi (Botol Dalam Almari > Anu Dalam Botol > ...Dalam Botol), pemilihan pelakon melalui sms (Murai.com), adegan mandi bogel Arja Lee, kelulusan Finas, dan akhir sekali kewangan yg tak mencukupi untuk proses dubbing (kalau tak silap) di studio Finas, persoalannya, adakah semua publisiti terhadap filem ini berbaloi? Adakah menantu lelaki RA (Shadan-Haru Biru) yang menolak tawaran mengarah filem ini pada mulanya lalu diganti dgn Khir Rahman satu pilihan yang tepat?



Perjalanan filem ini perlahan dan filem ini not for everybody. Filem ini tak sesuai bagi mereka yang tak gemar filem2 slow. Ya, ...Dalam Botol ada sentuhan art movie. Jika korang suka filem LGBT yg lain e.g Eyes Wide Open, Lan Yu, Hamam malah Brokeback Mountain korang mesti suka ...Dalam Botol kerana pace yang perlahan. Kalau nak cari yang laju cari saja  Grande Ecole,  Bukak Api atau Frozen Flower.

Tak sangka pulak Khir Rahman boleh buat cerita mcm ni. Ditambah dgn lagu2 dan muzik filem ini yang khusus untuk filem ini yang ku rasa memang kena. Runut bunyi sebegini mengingatkan aku runut bunyi Perempuan, Isteri, dan...

Aku setuju pendapat mengatakan filem ini bukan filem gay murahan. Isunya berat. Aku rasa sbb itu RA berpendapat benda ini diangkat dan dikongsi bersama. tapi kalau untuk berdakwah aku tak pasti kerana filem tak semestinya mendidik. Mungkin panduan Finas/Lembaga Penapisan menginginkan kisah2 begini ada moral dipenghujungnya...begitulah biasanya.

Tindakan Ruby (Arja Lee) memotong anunya sebagai tanda kasih sejati terhadap Ghous (Wan Raja) tetapi tidak diterima oleh Ghous yang kononnya surprise apabila Ruby pulang dari luar negara. Mengapa perkara 'potong' itu tak dibawa berbincang dulu oleh mereka sblm Ruby melakukannya? Bukankah itu anganan Ghous semasa mereka di pantai? Tapi  'kesilapan' inilah yang menolak plot2 cerita hingga ke akhir.


Aku suka shot2 dlm filem ni, Ruby pada awal cerita tergesa2 menahan teksi > sampai dipintu > duduk. Jimat masa.  Aku rasa pernah tengok dlm cerita melayu scene mcm ni. Adakah U-Wei? Yasmin Ahmad? Beberapa adegan lain memang menarik antaranya semasa Ruby pulang dgn baju kurung, dan ibu bapa menolak keras keadaan Ruby masa tu. Babak semasa majlis kahwin memang 'real', babak ibu Ruby selepas mengetahui keadaan sebenar dari Ghous - berjalan dgn air mata dan betapa tiada makna hari perkahwinan itu. Dan babak ibu Dina (Ogy), memeluk dan menangis dua kali Dina (Diana Danielle) sambil mengelap solekannya... duuush. Oh.. satu lagu adegan semasa Ghous memeluk Ruby dari belakang - Ghous mencium leher tapi ianya gelap! Bukankah pintar permainan cahaya di sini?? Gambar di bawah ini pun bukan sekadar gambar. Jika korang pandai tafsirlah sendiri.


Tapi aku perhatikan teknik 'suara dulu' tetapi 'adegan kemudian' di ulang 7-8 kali buatkan aku dah standby awal2 adegan berikutnya. Jika tak korang akan rasa lost kat 'suara dulu' tu... haha. Tapi pada aku cukuplah diulang 3-4 kali je kalau tak bosan kan. Tapi apa nama teknik ni ya?

OKlah, aku sentuh beberapa perkara yang tak best sikit ttg filem ni. Adegan Ruby memujuk rayu/menangis hampir 3-4 kali dan pulak tu dialognya sama je... pasal surprise tu dan ayat Ruby yang diulang2 (pelakon baru kata kan..... tak versatile lah atau Arje Lee terikat dgn skrip?). Si Ruby pulak cuba menangis tapi tak keluar air mata. Ada satu adegan si Ruby kira dah habis menangis dan tangan diangkat ke aras dada tapi di hold terlalu lama - hingga aku rasa mood Ruby dah habis masa tu, tapi kenapa tak cut awal sikit?



Ada penonton persoalkan kenapa dah buat pembedahan jantina di luar negara tapi tak buat pembedahan buah dada sekali? Entah la yerk mungkin tak cukup bajet kot takpun takkan nak buat dua-dua sekali. Buat satu pun sakit kan? haha... Eh jap2, kalau nak bagi dada timbul makan pil je kan? Ntah la aku pun tak tau benda2 ni. Mungkin RM40,000 tu adalah kos pembedahan jantina dan juga beli kereta untuk Ghous tapi bodohnya Ruby ni pi bagi kereta tu atas nama Ghous. Atau pun juga mungkin nak tampung sekali belanja dia duduk oversea selama 2 bulan tu (tak sebut negera mana). Lakonan para pelakonnya memang tak dinafikan bagus. Normah, Ogy Jalil Hamid. Tapi ironiknya filem bertemakan gay tapi pelakon perempuan pula yang excellent. Bagi aku Arja Lee ada kaku sikit di beberapa tempat. Wan Raja OK.


Bagi aku pengakhiran cerita ini adalah tergantung, ke mana selepas Ruby lari dari majlis perkahwinannya? Tapi aku memang akan mengutuk filem ini jika Ghous bawa Ruby lari semasa hari perkahwinannya kerana ini akan sama dengan filem pendek Comolot. Tak pun Ruby drag semasa hari dia kahwin tu. Itu dah lain cerita pulakkan hihi... Bagi korang yg mungkin nak tgk filem gay pertama Malaysia yang dapat tayangan meluas di pawagam pergilah tonton (ehh.. 2 Alam bukan tema gay ke? hahaha.. DAN adakah pondan itu sama dgn gay?). Seperti yg sesetengah orang tahu, Bukak Api adalah filem gay pertama Malaysia tapi tak ditayang meluas. Pada aku term filem LGBT (Lesbian/Gay/Bi/Transgender) adalah term yg sesuai utk mengkategori filem2 genre seperti ini kerana di luar negara mmg dah terkenal dgn festival2 filem LGBT. Tapi harus diingat aku bukan pejuang filem aliran ini kerana dgn menonton aku boleh pelajari gelagat manusia. Apa2 pun Khir Rahman dalam perhatian untuk masuk dalam list pengarah favourite aku. Aku tak boleh tengok satu movie dia je. Esok2 mengarah filem MIG tak ke parah!!


[3.8 bintang]


"Ruby nak kahwin. Dia nak kawin dengan perempuan!!" Kawan Ruby

8 comments:

  1. Tq. Tengah belajar2 review filem. Huhu

    ReplyDelete
  2. Great review/ Buat aku nak g tgk cite ni. Thanks and congratulations.

    ReplyDelete
  3. Kena tahan sikit sbb dia slow tp penuh 'angst' huhu

    ReplyDelete
  4. wow pengkritik tersohor baca la.. (malu*) Tengkiu!

    ReplyDelete
  5. aku mmg suka blog-hopping :)

    p/s: link bicaraskrip tu kau tukau la ajamihashim coz blog yg itu dah jd tukun! huhuhu! :)

    ReplyDelete
  6. okay patut la dah 'setahun lalu' xde tajuk baru hehe. ok i will follow...

    ReplyDelete