Sunday 22 May 2011

Filem Teramat Box Office Malaysia 2009 hingga kini dan kesimpulan!

Sejak kebelakangan ini industri perfilemen negara kita semakin rancak dgn kemunculan2 filem2 Malaysia/Melayu di pawagam. Semestinya ada filem yg tak menjadi, filem yang setakat bole laa atau balik un tung, dan filem yg meletup. Hasil semakan aku dari 2009 sehingga kini (terbaru Kongsi) di laman web Finas, filem2 Malaysia berikut mmg mencanak dari segi kutipan RM 7 juta - RM 8 juta. Ya, aku cuma kira 7-8 juta je.. 6 juta dah tak main la.....hehe.

Adnan Sempit (2009)


Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010)


Khurafat (2011)


Ngangkung (2010)


Kongsi (2011)


Dari 5 filem kat atas ni, 3 filem saja, duit aku turut menyumbang dalam kutipan box office tu utk filem Adnan Sempit, Khurafat dan Hantu Kak Limah Balik Rumah. Aku menontonnya di pawagam. Dan aku menyesal tengok Adnan Sempit. Oleh kerana sejak 2009, barulah filem Malaysia mencatat kutipan filem setinggi itu (RM 7 juta....) aku pun terujalah nak tgk apa bestnya filem Adnan Sempit ni. Tapi rupa-rupanya tah apa2..
hampeh je. Macam ni jenaka yang kelakar? Tapi kenapa ramai sgt penonton suka tgk filem macam ni ya? Aku pun tak faham. Akhirnya, aku pun hormatlaaaa taste2 mereka nie...................................... Memang rakyat Malaysia suka tgk filem2 ringan (sebenarnya dah tau dari dulu). Sebab itu, dua lagi filem Saheizy Sam di atas ; Ngangkung dan Kongsi aku tak bernafsu nak tgk pun. Memang Saheizy Sam fenomena skrg ni. Dan terpikir jugak aku, rakyat Malaysia ni dah ramai yg pegi menonton wayang mungkin sebab EKONOMI mereka yg bertambah baik dan PANGGUNG WAYANG dah banyak sekarang ni. Apa taknya gaji "Jaga" pun minimum dah RM 1000 ke atas.

Antara 5 di atas, jika orang luar nak tahu filem2 Malaysia yg teramat box office dan sekurang-kurangnya tak malu kita nak bagitau ialah :

1. Khurafat (pertama kali tgk filem Syamsul di pawagam)
2. Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Aku mmg tak adil di sini sbb tak semua aku tengok. Sukatilah kan.. Apa2 pun mentaliti rakyat Malaysia sedari dulu hingga kini belum berubah dan tak tahu bila akan berubah..... Walau bagaimanapun, duit2 penonton mereka merancakkan lagi industri perfileman dan memberi rezeki kpd pelakon2 kita (statement selamat). Tapi apa salahnya kan, penerbit yang kaya mencuba setidak2nya SATU filem art atau filem yang sedikit bermaruah dalam lambakan filem2nya dalam erti kata menyumbang kepada maksud seni yang sebenar-benarnya......................
Itu harapan besar PerangFilem.

10 comments:

  1. lepas nih ekau dah leh letak filem Nur Kasih pula dalam senarai Box Office...

    filem animasi Geng:Pengembaraan Bermula pun boleh masuk dalam senarai nih

    ReplyDelete
  2. Nur Kasih Movie dah berapa kutipan?
    Geng RM 6 juta je la....

    ReplyDelete
  3. geng tu 6 juta kira okay lah tu... :)

    nur kasih setakat yang diketahui dah RM7 Juta tapi esok dengar ceritanya penerbit filem tu akan umumkan kutipan yang sebenar

    ReplyDelete
  4. Skrg millenium,bukan zaman sembilu yg rm6 juta tu..kita kira dari 7 juta ok hihi..
    NKTM.. kita tggu kutipannya nnti...

    ReplyDelete
  5. memang la bukan zaman sembilu tapi kutipan geng:pengembaraan bermula tu la mencetuskan nilai2 kutipan yang lebih tinggi selepas tu :-)

    ReplyDelete
  6. sbb tu la tajuknya TERAMAT box office. :-)

    ReplyDelete
  7. hehehee...ko ada twitter xadd aku pun kan encik perangfilem

    ReplyDelete
  8. sorry... blog ini dah berpindah ke www.perangfilem1.blogspot.com

    ReplyDelete